Ini perkara yang salah

"Saya sepatutnya tidak melihat perkara ini. Ini perkara yang salah."

Pada usia 13 tahun, saya sedang memetik buah beri di sebuah ladang dan seorang lelaki bercakap dengan penuh semangat mengenai gambar-gambar yang dia lihat dalam talian. Oleh sebab saya mempunyai rasa ingin tahu, pada malam itu saya menggunakan internet lama saya dan mencari perkataan “seks” daripada perkhidmatan Google. Hasil carian saya jauh lebih eksplisit daripada iklan-iklan pakaian dalam yang saya lihat dalam katalog Sears ibu saya. Iklan-iklan tersebut telah membangkitkan suatu perasaan dalam diri saya, tetapi gambar-gambar yang saya lihat ini telah membawakan perasaan keghairahan dan kegembiraan yang tiba-tiba: jantung saya berdegup kencang dan saya Berasa lebih terangsang daripada sebelumnya. Tetapi pada masa yang sama, perasaan bersalah yang nyata ini mencengkam belakang leher saya seperti gigitan labah-labah.

Tetapi saya membesar dengan gigitan labah-labah dan telah imun terhadap gigitan ini.

Saya terjerumus dalam ketagihan itu dan mewajarkan tingkahlaku saya, berbohong kepada diri sendiri seperti seorang pakar pembohong. Saya benar-benar menjadi hamba: tanpa kegembiraan, hidup dalam perasaan malu yang menebal. Saya hanya merasakan diri saya baik apabila saya berjaya menahan diri selama beberapa hari. Saya muak melakukan perkara-perkara yang sebenarnya tidak mahu saya lakukan. Saya berasa letih melihat diri saya menjadi sedemikian. “Adakah kehidupan saya akan terus menjadi begini?"

Keintiman pornografi yang dijanjikan terbukti hanyalah suatu ilusi. Piksel pada skrin tidak dapat memberikan penerimaan dan kepercayaan yang saya cari. Saya inginkan kesenangan tanpa sebarang akibat — kenikmatan tanpa perasaan kekosongan dan malu selepas itu.

Saya inginkan kesenangan tanpa akibat — kenikmatan tanpa perasaan kekosongan dan malu selepas itu.

Pada tahun 2009, saya telah melancong dengan sekumpulan rakan. Seseorang yang menyertai kumpulan kami pada hari Jumaat telah dilanggar oleh kereta pada hari Ahad dan dia telah meninggal dunia. Selepas saya membantu untuk mengecam jasadnya yang tidak bernyawa itu, saya telah tersedar dan saya mahu menghadapi masalah ketagihan ini dengan tekad baharu : Saya membazir hidup saya dengan ketagihan kepada perkara ini? Saya mahu menghapuskan ketagihan ini walau dengan apa cara sekalipun

Saya mula mengambil langkah drastik ke arah kebebasan. Dengan hanya mengharapkan ketagihan ini lenyap adalah tidak cukup untuk melenyapkannya. Niat baik saya tidak dapat mengubah apa-apa jika saya tidak mengambil sebarang tindakan. Jadi saya memilih untuk mengaku tentang masalah yang saya hadapi dan mematikan rasa ego saya. Ini bermakna, semua ini bukan lagi rahsia. Saya perlu mendapatkan bantuan.

Saya membuka pintu hati saya , dan berjumpa dengan seorang rakan yang dipercayai dan menceritakan tentang masalah saya kepadanya. Saya membenarkan dia menanyakan soalan-soalan yang sukar pada bila-bila masa sahaja. Dia telah berbuat demikian pada minggu dan bulan yang mendatang untuk membantu saya. Saya belajar untuk memberitahu diri saya bahawa kenyataan yang tidak manyenangkan ini merupakan perubahan bagi saya.

Mungkin anda juga menghadapi masalah ini bersendirian. Berbicara dengan seseorang yang memahami ketagihan ini dapat membantu anda. Oleh itu, kami bersedia untuk berbual-bual dengan anda. Anda boleh mengisi borang di bawah untuk berhubung dengan kami.


Anda tidak perlu menghadapi ini sendirian. Isikan borang di bawah dan salah seorang mentor kami akan membalas secepat mungkin. Ia adalah rahsia dan sentiasa percuma. Mentor kami bukan kaunselor. Mereka adalah orang biasa yang sedia menemani anda dalam perjalanan dengan cara yang penuh belas kasihan dan hormat.

Isu-isu ini boleh menjadi sukar untuk dihadapi. Jika anda mempertimbangkan untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain, sila baca ini!

Sila isi borang di bawah supaya kami dapat menghubungi anda. Semua medan adalah wajib kecuali yang dinyatakan.

Jantina Anda:
Julat Umur:

Kami meminta jantina dan umur untuk menugaskan mentor yang sesuai untuk anda.