Transformasi Kesihatan Mental

Pada fasa awalnya, prestasi pengajian saya berjalan lancar. Namun, pada pertengahan Mei 2020, masalah keluarga muncul tiba-tiba, dan keluarga memberitahu saya bahawa saya perlu menghadapi situasi yang mereka sedang alami ketika itu. Tekanan keluarga, masalah kewangan, ancaman, dan kemarahan membuat saya berasa kebingungan dan tidak tahu harus buat apa. Disebabkan oleh kata-kata yang menyakitkan dan ancaman, saya cuba mengelak daripada berkomunikasi dengan mereka. Ini termasuk mengabaikan panggilan telefon, melayan mesej, dan menghindari media sosial.

Saya hanya mampu menjaga jarak dengan mereka.

Walaupun menghadapi tekanan kewangan, saya masih gigih meneruskan pengajian saya. Pada Februari 2021, tercetuslah satu pertengkaran besar dalam keluarga yang melibatkan barang tajam. Pada masa itu, emosi saya sangat terganggu sehingga saya meletus dalam kemarahan yang melampau, memaksa saya untuk berlawan dengan mereka. Selepas itu, saya membiarkan peristiwa itu berlaku tanpa campur tangan. Sepanjang tahun itu, walaupun menjaga jarak dengan keluarga, saya masih merasa tidak senang kerana mereka kerap mengkritik kematangan saya. Saya cuba meneruskan kehidupan seperti biasa dan bersosialisasi dengan rakan sebaya, tetapi semua usaha itu akhirnya berakhir dengan pengelakan. Saya menghentikan semua aktiviti, kurang bersosial, menjauhkan diri dari keluarga dan orang lain, dan kehilangan motivasi, sehingga saya tidak lagi mengenali diri saya sendiri.

Saya mendapati diri saya merosot dalam dunia sendiri, tanpa jiwa dan perasaan. Saya biasa berhari-hari tanpa makan, mengalami masalah tidur, halusinasi, mengelakkan interaksi sosial, dan bahkan mencapai tahap penarikan diri dan kepanikan sosial. Kerana masalah ini, saya dipenuhi dengan pemikiran negatif dan saya menolak untuk mencari bantuan. Saya berada dalam keadaan yang begitu terdesak sehingga saya pernah mempertimbangkan untuk mengakhiri hidup saya sendiri. Tetangga dan kawan-kawan melihat keadaan saya dan menjadi perantara antara saya dan kaunselor.

Selepas beberapa sesi perbincangan dengan kaunselor, saya mula menerima dan berkongsi penderitaan yang sedang saya alami. Mulai dari situ, kaunselor dengan cepat menghubungkan saya dengan seorang doktor. Awalnya saya menentang, tetapi setelah melihat kesungguhan kaunselor, saya bersetuju. Sejak itu, saya menerima rawatan (terutamanya untuk depresi serius) dan terus menerima panduan psikologi sehingga tahun seterusnya.

Pada tahun 2023, semasa menerima rawatan, saya memaksa diri saya untuk kembali aktif, mulai bekerja separuh masa, dan terlibat semula dalam pelbagai aspek kehidupan. Walaupun pada mulanya saya kurang keyakinan, mudah panik, dan perlu mengembalikan semula kehidupan sosial, saya masih berusaha pulih. Pada bulan Mac, saya membuat keputusan untuk menyertai satu aktiviti, menetapkan matlamat bersama senior saya, walaupun merasa cemas. Saya masih ingat kata-kata doktor saya: "Dalam keadaaan ekarang, tiada masalah jika anda mengekang hubungan dengan keluarga sementara, kerana jika anda kembali sekarang, anda mungkin akan hilang arah kerana kamu masih rapuh. Fokuslah pada pertumbuhan dan menjaga diri. Apabila anda lebih kuat dalam hati, anda boleh kembali menangani masalah itu." Kata-kata ini memberi saya keberanian untuk menerima rawatan dengan serius.

Semasa merenungkan tahun 2024, saya merasa bahawa perhatian dan sokongan dari rakan-rakan telah menjadikan saya lebih kuat semasa berjuang dengan kemurungan. Oleh itu, saya mendorong sesiapa sahaja yang menghadapi masalah kesihatan mental untuk mencari bantuan dengan segera. Kami mengalu-alukan anda untuk menghubungi mentor kami.


Anda tidak perlu menghadapi ini sendirian. Isikan borang di bawah dan salah seorang mentor kami akan membalas secepat mungkin. Ia adalah rahsia dan sentiasa percuma. Mentor kami bukan kaunselor. Mereka adalah orang biasa yang sedia menemani anda dalam perjalanan dengan cara yang penuh belas kasihan dan hormat.

Isu-isu ini boleh menjadi sukar untuk dihadapi. Jika anda mempertimbangkan untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain, sila baca ini!

Sila isi borang di bawah supaya kami dapat menghubungi anda. Semua medan adalah wajib kecuali yang dinyatakan.

Jantina Anda:
Julat Umur:

Kami meminta jantina dan umur untuk menugaskan mentor yang sesuai untuk anda.