Siapakah diri saya
Jika anda ditanya bagaimana anda mentakrifkan diri anda, apa yang anda akan katakan?
Secara peribadi, saya pernah menjadi seorang pelajar, dan kini saya seorang penulis. Selalunya saya dikenal sebagai si rambut merah, seorang wanita, atau dengan sistem kepercayaan tradisional saya.
Tetapi selama bertahun-tahun, jawapannya adalah penari, secara eksklusif.
Sebagai seorang gadis kecil, saya seorang pemalu dalam perhubungan sosial, jadi dalam usaha untuk mengubah saya daripada keadaan itu, ibu bapa saya mendaftarkan saya dalam kelas di akademi tarian tempatan. Saya menyukai idea ini sejak hari pertama. Tidak lama kemudian saya menari hampir dua puluh jam setiap minggu. Saya memahami erti "tiada kesakitan, tiada keuntungan" pada usia muda, tetapi saya tetap gembira dan berasa aman dengan dengan identiti saya sebagai seorang penari.
Tetapi kemudian saya membesar dan mencapai ketinggian yang berbeza dengan yang lain, termasuk warna kulit. Guru saya akan menunjukkan kelemahan fizikal saya kepada seluruh kumpulan dan menggalakkan mereka untuk mentertawakan saya. Ia sangat membuat saya tertekan sehingga rambut saya mula gugur dalam kumpalan.
Saya beralih daripada kepastian bahawa saya seorang yang unik dan dihargai kepada seorang yang aneh dan pelik.
Buat pertama kalinya, perkara yang paling saya pasti - bahawa saya mempunyai anugerah, bahawa saya anggun, bahawa saya layak - telah menjadi persoalan. Adakah saya masih seorang penari jika saya tidak kelihatan seperti penari lain? Saya beralih daripada kepastian bahawa saya seorang yang unik dan dihargai kepada seorang yang aneh dan pelik.
Bertukar studio kelihatan seperti pilihan terbaik apabila ibu bapa saya dan saya menilai kerosakan emosi yang saya alami dengan pengajar yang menghina secara lisan. Tetapi jika anda pernah bertukar sekolah atau tempat kerja, anda tahu betapa sukarnya untuk memulakan semula sebuah usaha di tempat yang baru walaupun anda mempunyai kemahiran untuk berjaya. Ia mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan studio yang lebih kecil dan seorang guru yang kurang ketat pengawasannya.
Kanak-kanak perempuan dalam kelas baharu saya semuanya telah membentuk lekuk tubuh mereka dan saya masih rata seperti papan dan lebih tinggi daripada perempuan lain, jadi, guru baharu saya memberi saya peranan lelaki dalam bacaan. Terdapat hierarki yang jelas dan saya tahu saya berada di sekitar bahagian bawah piramid. Lama kelamaan, saya menjadi selesa, dan sekali lagi mula berasa lebih teguh dalam diri saya.
Pada suatu hari saya berlawanan dengan penilaian saya yang biasanya baik, saya membenarkan seorang rakan mengajar saya bermain papan luncur dan akhirnya saya patah buku lali. Selepas beberapa operasi dan setahun menjalani fisioterapi, saya kembali menari untuk mengetahui bahawa saya sudah terlalu jauh di belakang rakan sekelas saya yang nampaknya tidak mungkin mengejarnya. Saya diberitahu secara terus terang daripada pengajar saya bahawa saya akan melambatkan rakan-rakan saya jika saya cuba bersaing lagi.
Saya tersesat. Saya tidak mempunyai pilihan selain berhenti menari selepas 14 tahun pengalaman yang menyakitkan namun memuaskan. Hati dan harapan saya hancur, dan saya tertanya-tanya siapa saya dan bagaimana hendak menyusun semula kepingan kehancuran itu.
Selepas itu, saya sangat seperti seekor bunglon, membuar lebih banyak lagi untuk mendapatkan persetujuan orang-orang di sekeliling saya, dan untuk menyesuaikan diri dengan mana-mana kumpulan yang saya temui. Saya cuba menyembunyikan kelemahan saya, fizikal dan batin; apa sahaja demi diterima dan dihargai. Saya rasa kasih saya telah digadai oleh tarian yang telah mentafsirkan saya sebagai membesar terlalu tinggi, terlalu maskulin, atau terlalu sensitif.
Saya akan membayangkan seseorang yang melihat kelemahan saya dan tetap menyayangi saya, tetapi saya tidak pernah percaya ianya boleh terjadi. Saya mengambil masa untuk mendapati identiti saya ditemui dalam sesuatu yang melampaui kemahiran atau penampilan saya.
Mungkin anda mengenali diri anda sebagai seorang cantik yang hebat atau seorang yang pandai melakukan sesebuah perkara, seorang atlet atau ibu bapa, seorang ulama atau jurujual: perkara itu akan berubah. Kita semua ingin tahu bahawa kita bernilai sesuatu, untuk diakui sebagai sesuatu, yang tidak akan berubah walau musim apa pun.
Jika mencari dan berasa yakin dengan identiti anda adalah isu yang anda hadapi, seseorang dalam pasukan kami ingin bercakap dengan anda. Tinggalkan maklumat hubungan anda di bawah. Anda tidak bersendirian.
Anda tidak perlu menghadapi ini sendirian. Isikan borang di bawah dan salah seorang mentor kami akan membalas secepat mungkin. Ia adalah rahsia dan sentiasa percuma. Mentor kami bukan kaunselor. Mereka adalah orang biasa yang sedia menemani anda dalam perjalanan dengan cara yang penuh belas kasihan dan hormat.
Isu-isu ini boleh menjadi sukar untuk dihadapi. Jika anda mempertimbangkan untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain, sila baca ini!
Sila isi borang di bawah supaya kami dapat menghubungi anda. Semua medan adalah wajib kecuali yang dinyatakan.