Makanan menjadi sahabat saya

Saya sudah pun berhadapan dengan luka batin kerana berat badan berlebihan dan rasa tidak yakin diri kerana tidak setanding dengan rakan sebaya saya. Tekanan tambahan seperti mahukan orang lain untuk menyukai saya menjadi terlalu berat. Saya ingin menjadi cukup baik. Saya rindu untuk ditegaskan tentang siapa identiti diri saya dan dilayan dengan penuh hormat, walaupun saya berbeza daripada orang lain seusia saya.

Makanan menjadi sahabat saya.

Setiap kali kehidupan menjadi lebih berat daripada apa yang saya boleh tanggung, saya akan mencari kelegaan lewati makanan. Sama ada manis, masin, panas atau sejuk, semuanya menjadi pilihan. Saya mendapati kelegaan melalui makanan selalu tersedia untuk saya apabila saya perlukannya. Ia sampai ke tahap di mana saya akan makan walaupun saya tidak lapar. Sudah tentu ini bukan ketagihan yang boleh disembunyikan dengan mudah apabila saya memang sudah berhadapan dengan metabolisme yang rendah. Saiz pinggang saya menjadi buktinya. Kemudian hari, saya dimasukkan pula ke hospital pada tingkatan 1 kerana sakit kepala yang berterusan. Selepas beberapa siri ujian, doktor mengesahkan saya menghidap tekanan darah tinggi. Saya terpaksa menjalani diet yang ketat untuk menurunkan natrium saya. Ia berkesan untuk seketika, tetapi kerana saya tidak pernah menyedari betapa dalamnya akar masalah saya, ia tidak mengambil masa yang lama untuk masalah itu muncul semula. Kali ini pula saya mengambil pemakanan yang lebih sihat atau makanan yang boleh dimakan segera seperti gula-gula getah atau sebekas biji bunga matahari dalam satu masa.

Apabila saya semakin dewasa, barulah saya menyedari bahawa saya mempunyai ikatan yang tidak sihat terhadap makanan. Pada berat saya yang paling berat, iaitu hampir 200 paun, saya mula mendidik diri saya tentang apa yang perlu saya lakukan secara berbeza. Saya terpaksa berhadapan dengan fakta bahawa saya ketagih makanan, terutamanya makanan bergula.

Saya terpaksa berhadapan dengan kenyataan bahawa saya ketagih makanan.

Ini bukanlah satu kesedaran yang mudah bagi saya. Saya sentiasa menjadi orang yang sepatutnya melakukan segalanya yang benar. Saya sentiasa membantu orang lain dengan masalah mereka, dan di sini pula saya bergelut secara diam-diam. Semakin saya menangani beberapa siri isu kesihatan yang berkaitan dengan tabiat pemakanan saya, semakin saya tahu sesuatu harus diubah dalam diri saya. Perubahan itu tidak mudah dilakukan. Saya mula membuat pilihan yang lebih baik untuk seketika, tetapi apabila keadaan menjadi terlalu berat untuk saya, saya kembali ke corak yang sama.

Suatu hari dalam tempoh dua tahun yang lalu, saya menyedari bahawa saya sudah cukup berpusing-pusing dengan isu ini dan saya memutuskan untuk membuat beberapa perubahan positif. Saya tahu saya perlu mencari daya tindak baharu untuk menangani cara saya mengendalikan tekanan. Ini adalah isu sebenar. Semua perubahan lain yang saya buat hanyalah berurusan dengan tabiat pemakanan, tetapi apabila saya mengubah cara saya mengatasi tekanan, saya mula melihat kemajuan sebenar.

Salah satu daripada perubahan itu ialah jurnal. Kini, setiap kali saya mengalami hari yang sukar, saya cuba mencatatkan perasaan saya. Saya meletakkan di atas kertas semua emosi negatif yang menyelubungi hati saya dan menyebabkan saya rasa beremosi. Saya juga mula berjalan atau melakukan teknik relaksasi lain untuk melepaskan tekanan hari saya. Satu pengajaran yang sangat penting yang saya pelajari selama ini ialah saya tidak bertanggungjawab terhadap tingkah laku orang lain atau sikap mereka tentang saya. Saya hanya bertanggungjawab untuk perkembangan diri saya. Ini adalah beban yang besar terlepas daripada bahu saya.

Saya akan mengakui, saya masih mempunyai hari saya yang bergelut, tetapi hari demi hari saya menjadi lebih baik. Perjuangan untuk mengekalkan daya tindak yang sihat tidaklah sesusah dahulu. Jika saya tersandung, saya hanya mengambil sedikit masa untuk kembali ke landasan. Emosi tidak begitu kerap dirasai sekarang. Saya memiliki kemajuan baru dalam setiap hari.

Saya bernasib baik kerana hakikat kebergantungan makanan saya tidak membawa kepada anoreksia atau bulimia. Saya tahu ramai yang tidak bernasib baik seperti saya. Jika anda menghadapi isu ini hari ini, saya mohon anda untuk menghubungi dan bercakap dengan salah seorang dalam pasukan kami. Tinggalkan alamat e-mel anda di bawah, dan kami akan menghubungi anda. Harapan sentiasa ada.


Anda tidak perlu menghadapi ini sendirian. Isikan borang di bawah dan salah seorang mentor kami akan membalas secepat mungkin. Ia adalah rahsia dan sentiasa percuma. Mentor kami bukan kaunselor. Mereka adalah orang biasa yang sedia menemani anda dalam perjalanan dengan cara yang penuh belas kasihan dan hormat.

Isu-isu ini boleh menjadi sukar untuk dihadapi. Jika anda mempertimbangkan untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain, sila baca ini!

Sila isi borang di bawah supaya kami dapat menghubungi anda. Semua medan adalah wajib kecuali yang dinyatakan.

Jantina Anda:
Julat Umur:

Kami meminta jantina dan umur untuk menugaskan mentor yang sesuai untuk anda.