Saya didiagnosis dengan ADHD

Ada banyak kali saya terfikir untuk melakukan bunuh diri tanpa pengetahuan keluarga saya. Kes yang paling teruk saya ingin melakukan bunuh diri adalah apabila saya gagal mendapat CGPA kelas pertama dalam semester pertama saya menjalani pengajian asas sains di salah satu universiti awam. Pada masa itu, keegoan dan harga diri saya tergugat sehingga saya tidak dapat menerimanya. Saya berasa seolah-olah masa depan saya gelap dan tanpa harapan.

Tetapi saya berjaya mengatasi ketika itu dengan sokongan keluarga dan saudara.

Walau bagaimanapun, saya terus bergelut dengan emosi naik turun sepanjang hayat kampus dan kehidupan bekerja saya. Saya mula bersetuju bahawa saya adalah satu kesilapan, satu kegagalan. Saya percaya saya layak untuk mati dan tidak melihat harapan untuk masa depan. Tambahan pula, saya juga menghadapi kesukaran dalam menyiapkan tugasan dan tidak mampu konsisten dalam melakukan beberapa kebiasaan tertentu. Saya hanya mampu konsisten untuk tempoh yang singkat, kemudian saya akan gagal lagi.

Saya tidak dapat menafikan bahawa lebih mudah bagi saya untuk membandingkan diri saya dengan orang lain yang dapat menyiapkan tugasan dengan baik pada waktunya dan konsisten dalam apa yang mereka lakukan. Ada banyak kali saya membuat keputusan impulsif yang kemudiannya menyebabkan saya mempunyai banyak konflik dan salah faham. Semakin saya mengamati kesilapan dan kegagalan ini, serta kritikan orang terhadap saya, keyakinan saya bahawa saya adalah seorang yang gagal menjadi lebih kuat dan lebih dalam di dalam diri saya. Ini mempengaruhi cara saya berfikir, cara saya berinteraksi dengan orang di sekeliling saya, dan cara saya melihat diri saya. Semua ini membawa saya ke arah isolasi, dengan percaya bahawa saya layak untuk mati dan tidak hidup lagi.

Semasa tempoh merasakan bahawa saya sudah hilang nilai hidup, pemimpin dan rakan serumah saya mencadangkan agar saya berjumpa dengan seorang psikiatri untuk mencari pendekatan perubatan untuk menangani masalah saya. Pada mulanya, saya bergelut dengan idea itu kerana bagaimana jika saya benar-benar mempunyai masalah mental? Adakah itu bermakna saya benar-benar satu kesilapan dan gila? Tetapi mereka memberi jaminan dengan berjumpa dengan seorang pakar psikologi yang membantu menjelaskan apa itu kesihatan mental dan mengapa saya tidak sepatutnya takut untuk berjumpa dengan seorang psikiatri.

Selepas berjumpa dengan pakar psikologi tersebut dengan di temani oleh seorang teman, saya bersetuju untuk berjumpa dengan seorang doktor psikiatri. Semasa temujanji pertama dengan doktor, saya didiagnosis dengan Bipolar jenis 2 pada Disember 2020. Saya menangis sepanjang malam seolah-olah saya kehilangan sesuatu, tetapi pada masa yang sama, saya berasa lega kerana akhirnya saya menemui jawapan saya. Setidaknya saya sekarang tahu bagaimana untuk berjuang dalam siri pertempuran ini. Itulah permulaan perjalanan saya mengambil ubat dan mencari kaunseling profesional untuk sesi psikoterapi saya. Pada tahun 2023, saya didiagnosis dengan ADHD oleh doktor saya dengan nasihat daripada kaunselor saya pada ketika itu.

Sepanjang perjalanan kesihatan mental saya, saya mempunyai banyak siri rancangan tentang bagaimana untuk melakukan bunuh diri dalam minda saya, tetapi setiap kali saya bergelut dengan emosi yang kuat di dalam fikiran saya, saya mengambil langkah iman dan kerendahan hati untuk mencari bantuan daripada teman-teman yang boleh di percayai, berkongsi dengan doktor dan kaunselor saya. Saya belajar beberapa teknik tentang bagaimana saya boleh belajar untuk menentang pemikiran-pemikiran itu dan memilih untuk percaya pada apa yang benar. Hakikatnya, saya bukan satu kesilapan dan kegagalan. Identiti saya tidak ditakrifkan oleh kelemahan atau batasan saya atau pun oleh kejayaan dan pencapaian saya.

Mengenai perjuangan saya dalam menyiapkan tugasan tepat pada masanya dan menjadi konsisten dalam beberapa kebiasaan baik, saya juga belajar sedikit demi sedikit beberapa langkah praktikal dari kaunselor dan doktor saya. Saya sangat menghargai bantuan dalam membantu saya untuk terus maju untuk menjalani hari-hari saya di rumah, dalam pekerjaan mahupun dalam perhubungan dengan orang lain. Walaupun saya masih bergelut dengannya hingga sekarang, satu perkara yang berbeza berbanding perjalanan saya sebelum ini sebelum bertemu dengan doktor dan kaunselor saya adalah saya mempunyai pandangan baru tentang bagaimana saya melihat diri saya, bagaimana saya bertindak balas terhadap orang, dan bagaimana untuk berjuang walaupun dengan adanya cabaran BP2 dan ADHD.

Jika anda merasa terperangkap dalam cengkaman kemurungan, saya ingin anda tahu bahawa anda tidak perlu melalui perjalanan ini sendirian. Kemurungan sering membawa kepada pengasingan, tetapi itu bertentangan dengan apa yang kita perlukan untuk keluar dari kabut keputusasaan. Kita perlu menghulurkan tangan dan berbincang mengenai kesakitan kita.


Anda tidak perlu menghadapi ini sendirian. Isikan borang di bawah dan salah seorang mentor kami akan membalas secepat mungkin. Ia adalah rahsia dan sentiasa percuma. Mentor kami bukan kaunselor. Mereka adalah orang biasa yang sedia menemani anda dalam perjalanan dengan cara yang penuh belas kasihan dan hormat.

Isu-isu ini boleh menjadi sukar untuk dihadapi. Jika anda mempertimbangkan untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain, sila baca ini!

Sila isi borang di bawah supaya kami dapat menghubungi anda. Semua medan adalah wajib kecuali yang dinyatakan.

Jantina Anda:
Julat Umur:

Kami meminta jantina dan umur untuk menugaskan mentor yang sesuai untuk anda.