Kehidupan telah terhenti

Apa yang menakutkan tentang kemurungan adalah bagaimana ia merayap ke dalam kepala saya tanpa saya ketahui. Saya tidak tahu bahawa semua simptom yang saya hadapi - iaitu letih tanpa sebab, mudah emosi, tidak dapat tidur, kekeliruan, dan kebingungan - adalah tanda-tanda kemurungan. Yang saya tahu, saya telah kehilangan kegembiraan dan kedamaian sepenuhnya.

Saya masih ingat bagaimana saya tidak berdaya untuk pergi ke pejabat kerana saya tidak dapat memahami keperluan peranan baharu saya atau fizik perniagaan. Ketakutan akan terus mencengkam saya waktu itu. Apabila saya pulang ke rumah, saya akan bimbang tentang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan saya untuk keluarga saya. Ini telah memburukkan lagi keadaan. Berbaring terjaga sepanjang malam, fikiran saya akan sentiasa berada dalam keadaan tidak tenteram, membayangkan pelbagai situasi yang tidak nyata. Kurang tidur memburukkan lagi keadaan pada keesokan harinya. Ia menjadi sebuah kitaran yang ngeri.

Kesedihan yang saya rasai tiada jalan keluar.

Penyebab kemurungan saya belum didapati pada masa itu. Namun sekarang apabila saya mengimbas kembali, saya melihat ianya mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk kematian bapa saudara saya dan anak lelakinya secara berturut, mereka keluarga yang sangat rapat bagiku. Kesedihan yang saya rasai tiada jalan keluar. Sebagai seorang lelaki, suami, bapa, dan anak tunggal kepada ibu bapa saya, saya perlu kuat dan kembali bekerja demi keluarga saya.

Pada masa yang sama, terdapat cabaran lain di dalam rumah tangga kami. Ibu saya telah disahkan denggi, yang boleh meragut nyawa pada usianya. Pada masa yang sama, ibu mertua saya masuk ke hospital dan dijadualkan menjalani pembedahan penggantian kedua-dua lutut. Padahal, saya baru sahaja memasuki pekerjaan baharu untuk beberapa bulan dan tekanannya sangat dahsyat.

Saya mula terfikir untuk membunuh diri, tetapi kebimbangan tentang apa yang akan terjadi pada keluarga tanpa saya telah menghalang saya. Isteri kepada sepupu saya merupakan seorang doktor, dia mencadangkan saya untuk mendapatkan rawatan perubatan. Namun saya berjumpa dengan seorang doktor yang menetapkan gabungan ubat-ubatan yang memburukkan lagi keadaan saya. Ini membuatkan saya semakin keliru. Mengapa saya menjadi lebih teruk tetapi bukan menjadi lebih baik?

Seorang doktor keluarga yang rapat kemudian mencadangkan saya untuk berjumpa pakar psikiatri. Dia mendengarkan saya dan memberi saya ubat yang baru. Doktor ini sangat sabar, dan saya dapat menyuarakan semua yang saya rasakan. Walaupun perlahan tetapi saya mula berasa lebih baik. Selepas perubatan yang berterusan selama beberapa bulan, akhirnya kedua-dua doktor dan saya yakin bahawa saya tidak lagi memerlukannya.

Saya menemui sesuatu yang jarang saya alami — penerimaan.

Pada masa yang sama, isteri saya telah terlibat dengan komuniti rohani dan terus mencadangkan saya pergi bersamanya. Dengan hati yang terpaksa, saya pergi untuk demi menggembirakan isteri. Sejujurnya saya tidak percaya bagaimana orang-orang di sana boleh membantu. Tetapi selepas menghadiri komuniti ini untuk beberapa kali, saya menemui sesuatu yang jarang saya alami - penerimaan. Dikelilingi oleh sekumpulan orang yang menerima saya mula mengubah saya dan saya menyedari nilai sebenar saya — sebagai seorang suami dan bapa. Sekarang saya berusaha untuk memastikan anak-anak dan isteri saya sedar nilai mereka di mata saya.

Jika anda rasa terperangkap dalam cengkaman kemurungan, saya ingin anda tahu bahawa anda tidak perlu melaluinya sendirian. Kemurungan sering membawa kepada pengasingan, tetapi itu adalah bertentangan dengan apa yang kita perlukan untuk keluar dari kabus keputusasaan. Kita perlu menjejakkan langkah dan bercakap tentang kesakitan kita.

Melalui laman web ini, terdapat mentor percuma dan sulit tersedia untuk mendengar cerita anda dan menyokong anda tanpa penghakiman. Jika anda mengisi maklumat anda di bawah, anda akan mendapat maklum balas daripada mentor kami tidak lama lagi. Anda boleh menggunakan nama sebenar anda atau nama panggilan. Anda bisa memutuskannya.

Kredit Foto navneet mahajan

Anda tidak perlu menghadapi ini sendirian. Isikan borang di bawah dan salah seorang mentor kami akan membalas secepat mungkin. Ia adalah rahsia dan sentiasa percuma. Mentor kami bukan kaunselor. Mereka adalah orang biasa yang sedia menemani anda dalam perjalanan dengan cara yang penuh belas kasihan dan hormat.

Isu-isu ini boleh menjadi sukar untuk dihadapi. Jika anda mempertimbangkan untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain, sila baca ini!

Sila isi borang di bawah supaya kami dapat menghubungi anda. Semua medan adalah wajib kecuali yang dinyatakan.

Jantina Anda:
Julat Umur:

Kami meminta jantina dan umur untuk menugaskan mentor yang sesuai untuk anda.