Perjalanan menuju kebebasan
Sebenarnya, ayah saya mempunyai imej seorang bapa yang baik di mata saya. Sejak ibu saya meninggal dunia ketika saya berusia enam belas tahun, beliau memainkan peranan sebagai bapa dan ibu. Saya masih ingat ketika saya diterima ke universiti, beliau bersikeras untuk membawa saya ke sebuah pasaraya untuk membeli seluar jeans pertama dalam hidup saya. Beliau berkata bahawa pelajar universiti perlu memakai seluar jeans. Beliau sangat memikirkan keperluan saya dan memenuhinya.
Saya sukar untuk memahami mengapa seorang bapa yang sangat mencintai saya, memilih untuk meninggalkan saya tanpa mendahulukan diri sendiri semasa saya menjaga beliau. Mengapa beliau memilih untuk pergi dengan diam-diam? Saya yakin beliau pasti sangat bercelaru sebelum melakukan tindakan itu.
Beberapa tahun belakangan ini, apabila saya memasuki pertengahan umur saya sendiri, saya meletakkan diri saya di tempat ayah saya dan saya rasa saya lebih memahami cabarannya. Semasa ayah saya sakit kanser, ketiga-tiga kakak perempuan saya sudah bekerja, dan saya baru sahaja menamatkan pengajian di universiti dan menunggu untuk mendaftar di sebuah institusi untuk menjalani latihan. Ayah saya mungkin risau saya akan terlepas peluang kerja itu, jadi beliau membuat pilihan yang sangat sukar. Sekarang sebagai seorang ibu, saya berdiri dalam kedudukan orang tua dan saya lebih memahami perasaan, cabaran, dan pilihan yang sukar ayah saya lakukan pada masa itu.
Ketika ayah saya menunggu untuk dibawa ke hospital, saya mendengar seorang ahli keluarga bertanya kepada saya, "Kenapa kamu biarkan dia habiskan semua ubat? Kenapa kamu tidak memerhatikan dia makan ubat?" Ketika itu, saya buntu dan tidak dapat menjawab pertanyaan itu. Tetapi, pertanyaan ini seperti mimpi ngeri yang berulang kali muncul dalam fikiran saya. Saya sangat menyesal dan menyalahkan diri sendiri.
Rasa bersalah dan penyesalan saya seperti tali yang tidak dapat dilepaskan, ia terus mengelilingi hidup saya, akhirnya saya menderita dari gangguan bipolar. Saya tahu saya perlu memaafkan diri saya sendiri, melepaskan diri saya, tetapi ini adalah perkara yang sangat sukar dilakukan!
Banyak orang menghiburkan saya dengan berkata, "Itu bukan salah kamu, kamu hanya berada di tempat kejadian pada masa itu."
Saya sendiri yang hadir di tempat kejadian pada malam itu ketika ayah saya bunuh diri, saya terkejut dan buntu, tetapi kerana saya telah menerima latihan penjagaan kecemasan selama tiga tahun, saya dapat mengekalkan ketenangan dan menghubungi ambulans dan keluarga melalui telefon. Semasa ayah saya dihantar ke hospital, di hospital dan semasa kematiannya dan semasa upacara pengebumiannya yang panjang, saya jarang menangis. Saya tidak faham mengapa? Adakah badan saya telah mengaktifkan mekanisme perlindungan diri sendiri, atau saya menolak untuk merasai kesakitan di dalam hati saya?
Pengalaman trauma dan perasaan tertekan ini telah membawa kepada saya, selama lebih sepuluh tahun, sering merasa takut dan risau bahawa orang di sekeliling saya akan meninggalkan saya secara tiba-tiba. Ketahanan saya terhadap tekanan menjadi sangat rendah, dan sekiranya saya mengalami kebimbangan emosi pada siang hari, saya akan bermimpi tentang pelbagai perkara aneh pada malam hari. Walaupun saya mungkin tidak ingat mimpi itu selepas bangun, tetapi saya tahu saya mengalami emosi yang gelisah, takut, dan tegang dalam mimpi itu.
Dalam perjalanan menuju kebebasan (tidak lagi menyalahkan diri sendiri) ini, saya kadang-kadang maju dan kadang-kadang mundur. Saya sedang berjalan perlahan-lahan di jalan penyembuhan. Mungkin akhirnya saya tidak dapat sembuh sepenuhnya, tetapi saya menghargai setiap kawan, kaunselor, dan profesional perubatan yang telah menemani saya di sepanjang jalan ini, mendengarkan saya, dan merancang rawatan untuk saya, membawa saya menuju kehidupan yang lebih tenteram.
Kerana teman-teman yang menyokongi saya, saya mampu menghadapi cabaran and masalah-masalah dalam hidup saya. Hubungilah mentor kami jikalau anda memerlukan seseorang menemani kamu dalam perjalanan persembuhan.
Anda tidak perlu menghadapi ini sendirian. Isikan borang di bawah dan salah seorang mentor kami akan membalas secepat mungkin. Ia adalah rahsia dan sentiasa percuma. Mentor kami bukan kaunselor. Mereka adalah orang biasa yang sedia menemani anda dalam perjalanan dengan cara yang penuh belas kasihan dan hormat.
Isu-isu ini boleh menjadi sukar untuk dihadapi. Jika anda mempertimbangkan untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain, sila baca ini!
Sila isi borang di bawah supaya kami dapat menghubungi anda. Semua medan adalah wajib kecuali yang dinyatakan.